Selasa, 19 Februari 2013

langkahku di malam hari

Indah,
Aman memandang,
Damai menyenangkan
Tenang dirasakan
Hilang segala kekalutan,

Cantik.
Ibarat mawar mekar membunga,
Ibarat bulan indah mengambang,
Ibarat senyuman sang jelitawan.



Aku melangkah demi langkah.
Aku berhenti seketika,
Aku toleh ke sebelah sana dan sini,
Aku pandang ke atas dan ke bawah.
Aku mendepakan tangan
Aku melangutkan wajah
Aku menghirup udara sedalamnya
Aku menghembuskan ia sederasnya

Bulan separa kelihatan
Cerah indah mendamaikan

Bintang bergemerlapan
Cantik menghiasi langit malam

Cengkerik riuh kedngaran,
Mendendangkan lagu kedamaian

Aku berhenti lagi.
Mencari satu jawapan

Hidup penuh dengan persoalan,
Hidup penuh dengan ujian

Ku ketemu satu jawapan
Dalam berjuta langkah ku ayunkan
Hanya hubungan dgn pencipta alam
Menjadi kunci segala persoalan
Menjadi jawapan dajuam segala ujian


Sabtu, 16 Februari 2013

pengharapan cinta

bismillahirrahmanirrahim..

hati membunga mekar..

aku berdoa, ya Allah andai dia yang engkau takdirkan untuk ku, maka ikatkanlah hati kami, satukanlah hati kami.
tapi, andai bukan dia yang engkau takdirkan, maka jauhkan kami mulai saat ini. kerana aku takut ya Allah.
aku takut ada di antara kami yang luka kecewa..

ya Allah, perasaan ini fitrah yang engkau ciptakan, ingin dikasihi dan mengasihi, maka andai bukan dia yang engkau ciptakan untuk ku, maka jangan lah engkau izinkan lahirnya kasih dan sayang antara kami. kerana kau mengetahui Ya Allah, kami ini insan yang lemah, takkan mampu untuk mengawal hati dan perasaan kami.

ya Allah, cinta engkau yang kami harapkan, kerana kami tahu, hanya dengan mencintai engkau, kami akan beroleh cinta yang sejati dan murni.. ya Allah, engkau lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kami, maka kau izinkan lah yang terbaek berlaku ke atas diri kami.

moga engkau rahmati, redhai cinta dan kasih kami. dan satukan lah cinta ini dalam ikatan yang engkau redhai. jauhkan lah kami dari maksiat yang akan mengundang murka kau ya Allah..

Rabu, 9 Januari 2013

bila hati sedang membunga

bunga itu sedang mekar membunga
cantik indah di pandang mata
harum semerbak menusuk jiwa
tap, apakan daya
belum punya kudrat dan daya
untuk menyuntingnya..

bunga itu,
tidak terjual di mana2
mustahil juga walau plastik cuma
kerna ia
sekuntum saja di dunia.

bunga itu,
akan tetap layu
tapi layunya ia hanya di pandangan mata
kerna indahnya ia sudah tersemat di jiwa.

bunga itu,
belum ku jumpa pohonnya
mungkin juga tidakkan kesampaian

tapi..
bunga itu,
menjadi idaman... :)

Sabtu, 17 November 2012

kobar






kejayaan milik kita

manisnya kejayaan akan dirasai setelah pahitnya dugaan kita harungi.

susah dan payah ibarat asam garam dalam masakan. andai kurang masinnya, terasa bagai kurang enaknya sesatu masakan.

itulah hidup..
ibarat pepatah melayu mengatakan, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakitlah dahulu, bersenang-senang kemudian.

benar, kesusahan yang dilalui, kadangkala sungguh memeritkan. seakan-akan sudah tiada harapan, seakan-akan sudah tiada jalan. tapi, beringatlah!!! kesusahan inilah yang akan menjamin kejayaan di masa akan datang.

mungkin, untuk berjaya memakan masa yang lama. dan mungkin juga hanya sekejap cuma. tapi, tidak mungkin kejayaan yang di kecapi akan terasa dengan hanya menggoyangkan kaki. ianya diperolehi dengan sejuta usaha, tenaga dan pengorbanan.

maka.. kejarlah kejayaan, walau seribu rintangan di hadapan. pasti, yakin.. kejayaan ITU milik kita. usaha, dan teruslah berusaha. tawakal dan berdoalah,insyallah kejayaan itu, adalah milik kita.

:) moga allah redha segala usaha kita, moga allah berkati segala usaha kita.


Ahad, 12 Ogos 2012

wajah2 mereka punya seribu satu kisah










terkenangkan dia yang telah kembali kesana..

11.8.2012.

alhamdulillah allah beri kesempatan untuk kami meraikan keluarga sahabat kami yang telah kembali kerahmatullah. sempat juga berjumpa dengan syeikhuna muhammad zaimmuddin bin hasyim.

sebak masih bersarang di hati mereka, terpancar dari raut wajah mereka.. tapi terimbau kata ayahnya, alhamdulillah dia dah selamat di sana, yang tinggal hanya kita di dunia ni. macam manalah pengakhirannya..

dia bukan sahaja seorang sahabat yang baik, malah seorang anak yang soleh. ini dapat saya simpulkan setelah mendengar kisah dari mak dan ayahnya.

Ya Allah, redha lah dia, rahmati lah dia, tempatkan lah dia di tempat yang bersesuaian dengan pangkat dan darjatnya..

tenanglah engkau di sana sahabat..

terimbau, terkenang wajah dia.

tenanglah engkau.


afifi.. dengan kasih sayang semua, tersenyumlah engkau di sana...

Sabtu, 11 Ogos 2012

singkat kata untuk penyeri rupa.. :)

alhamdulillah, allah beri keizinan dan kesempatan untuk kembali merasai iftar bersama2 sahabat di bumi yang mana banyak jasanya kepada kami. alhamdulillah, summa alhamdulillah..

ramadhan kian pergi meninggalkan, syawal pula akan bergilir mengambil alih perjalanan.
moga-moga ada kebaikan yang bakal diperolehi setelah sebulan mendidik hati.. :)

nak ucap raya?? awal lagi.. nanti lah yea.. hehe.. gandakan amalan dengan ramadhan yang berbaki.. moga allah redha kita.. :)

biar gambar yang berbicara.. :)







Ahad, 5 Ogos 2012

..........

tangan kaku seketika..
akal sibuk mencari idea..
lidah cuba menyusun kata..

bagaimana ingin memulakan,
bagaimana pula ingin melaksanakan..
bagaimana pula ingin di amalkan....