Isnin, 22 September 2014

kem MASDAR bersama masyarakat di kg tradisi


bacaan yasin bersama masyarakat kg tradisi






slot qiyamullail oleh syeikhuna 
ust muhtad dan syeikh said amin almisri




PERLAWANAN BOLA SEPAK
MASDAR VS SYABAB HALUAN KEDAH UTARA







pengisian hebat dari syabab haluan terengganu


Ahad, 21 September 2014

bola sepak pertama masdar


pengalaman pertama kami. menyertai perlawanan bola sepak sukan sekolah2 agama negeri kedah.

berbaloi walaupun tiada kemenangan diraih.
kalah, tapi penuh kepuasan.

kerana kami yakin dan tahu, kemenangan itu anugerah buat mereka yang layak.
maka, sedarlah kami..
untuk berjaya, usaha bukan sekadar cuma.
selagi terdaya, selagi mampu maka teruskanlah berusaha dan terus berusaha dgn penuh kesungguhan dan kemahuan.

:)

sedih? biasa, adat perlawanan ada kalah ada yang menang. kalah kami harini, mendewasakan kami utk menang di hari kemudian.

bila? bila sudah tiba waktu dan masanya.



afiq ashraf
ikram, mengasah pengetahuan
penuh semangat mempertahankan gawang
amar azizan
   

warming up merenggangkan otot 
keepes terbaik kami
nafis
tekun membaca strategi
coach ust sobri
kecil bukan halangan
fotografer terbaek kami
nazim 
pasukan bola sepak pertama MASDAR
2014
kalah, kami masih bahagia. :)
antara yang banyak memberi khidmat dan bantuan
terima kasih semua.
kenangan terindah
uhibbukum fillah

            

terima kasih sahabat.

Syed Ahmad Fathi

Assalamualaikum,

Pengalaman anta yang anta rasa tak signifikan ni, baik anta bukukan, bukan tak bagus tulis di timeline, cuma mungkin 10-20 tahun akan datang bentuk (timeline) ini tidak dapat dibaca lagi, atau mungkin waktu tu facebook dah bankrap.

Satu hari nanti, anta akan meninggalkan dunia ini, anak-anak kecil masdar sekarang yang anta bina hubungan hati, yang anta jaga, yang anta masakkan makanan, mereka akan membesar dan keluar dari masdar. Hingga sampai satu masa mereka akan merindui masa-masa mereka di masdar, mereka akan mengalirkan air mata bila baca tulisan dan harapan anta tentang mereka (kalau mereka dapat membacanya). Jadi sekiranya anta tulis ke dalam blog/buku, ia mungkin lebih lama terpelihara.

Waktu itu, tahun-tahun awal akan menjadi sejarah yang ingin dibaca oleh ramai orang. Keluaran masdar juga mungkin sudah menjadi insan-insan yang hebat. Orang ingin mengetahui dimana titik mula insan-insan hebat ini. Disitulah lahirnya kepentingan dokumen (Kisah-kisah pahit manis masdar) yang terpelihara, dan dapat dibaca.

Ana secara jujur kagum dengan anta, ramai orang boleh belajar/berkerja kerana mereka berfikir diakhirnya nanti belajar/kerja itu nanti akan jamin kehidupan dia. Tapi berapa ramai yang sanggup berkerja untuk membina orang lain dengan kerja seperti anta, ana sendiri mungkin belum mampu. Senang untuk kita sebut kerja, tetapi untuk kita ber'kerja' bukanlah sesuatu yang mudah seperti mudahnya ungkapan.

Kadang-kadang sahabat sendiri tidak pandai menjaga hati, tidak memuji, malah mungkin komen kita. Di sini ikhlas kita akan diuji, jika kita berkerja kerana ALLAH dan bukan sahabat, kita akan istiqamah, sekiranya tidak kita akan tertapis (ana juga takut tertapis). Ana doakan ALLAH beri istiqomah pada anta, juga pada ana. Kuat kan hati .




>>>>Tika diri lemah. Ada sahabat yang teguh memberi sokongan menyemarakkan kembali semangat.
Itulah untungnya ukhwah fillah. Dia seakan faham dan tahu. Dia seakan sedar dan mengerti.
Maka. Ayuh lah membina ukhwah kerana allah. Mengeratkan dgn ikatan fikrah.

Syukran akhuna Syed Ahmad Fathi
Mohon doakan ana menjadi seperti apa yang anta sangkakan pada diri ana.<<<

dalam persoalan??

Dah hampir 3 tahun.
Adakah selamanya atau adakah seketika cuma??
Pernah timbul persoalan. Kenapa disini menjadi pilihan?
Bila berseorangan, merasakan hanya sekadar memberi khidmat dan bantuan.
Bila bersama mereka, terasa hubungan hati yang terjalin bagai tidak mahu diputuskan.
Melihat, dari awal penubuhan. Pernah merasai, hanya seorang diri di tapak kami berdiri.
Sunyi sewaktu itu, hingga hadirnya mereka suati ketika dulu.
Ditatap seorang demi seorang, pelbagai cerita dan kisah mereka.
Sehinggalah terdengar berita, akan berpindah ntah ke mana.
Sebulan dua berbincang merata,
Akhirnya canglun menjadi taruhan.
Menumpang sekejap, toyibah ditempatkan.
Sementara menanti bangunan sendiri.
Sungguh. Dari mula hingga kini.. terlalu bnyak kisah menggamit hati.
Dari memasak,masuk mengajar.. menjadi dreba, memotong rumput. Menjaga budak hingga kesemua perkara rasanya.
Sudah ibarat, adik kandungan di teratak idaman.
......
11.34mlm
20.9.14