Selasa, 31 Julai 2012

soalan dan jawapan saya.. :)

sedang asyik menyiapkan makanan untuk bersahur tadi, timbul persoalan dalam benak saya..

mengapa saya memilih tukang masak sebagai kerjaya. dan mengapa disini tempat saya memulakan kerjaya??

saya berfikir, mencari jawapan...
pernah satu ketika, adik2 di masdar bertanya, adakah saya akan terus kekal bersama mereka, atau ini hanya sementara??

ada juga yang bertanya, kenapa saya memilih masdar sebagai tempat untuk memulakan kerjaya?? kenapa dan mengapa tidak di tempat lain...

saya berfikir lagi dan lagi...

ramai bertanya..

awak gi belajar jauh-jauh, balik-balik tukang masak juga yang awak pilih..
dan dalam banyak-banyak yang bertanya, alhamdulillah ramai juga yang memberi respon yang baik, tidak kurang ada juga yang semacam memandang sinis...

tapi, bagi saya....

ini adalah minat saya, dan saya rasa dengan minat inilah saya mampu memberi sedikit sumbangan saya kepada agama saya. mak selalu pesan..

"bang cik, mak tak pernah harapkan anak-anak mak balik dengan membawa sijil, tapi cukuplah bagi mak, anak-anak mak balik dengan memahami makna kehidupan.. "


jadi kerjaya ini saya pilih, kerana saya yakin dengan kerjaya ini saya mampu manfaatkan untuk keluarga saya, bangsa saya, dan paling penting agama saya..

hidup kit saling memerlukan, maka salinglah memberi dan menerima...

maka, saya merasakan... inilah jawapan saya...

azan subuh dah berkumandang.. selamat berpuasa, dan semoga allah terima puasa kita.. :)

Khamis, 26 Julai 2012

Berbukalah dengan sekadarnya.. :)

alhamdulillah.. 6 ramadhan sudah kita harungi. 6 hari kita menahan lapar dan dahaga di siang hari. mungkin ada yang mengeluh, letihnya ya Allah, laparnya Ya Allah.. bila lah nak sampai waktu berbuka ni??

2 jam lagi sebelum berbuka, berpusu-pusu orang memenuhi bazar ramadhan di setiap daerah, kampung dan negeri di malaysia. bermacam-macam makanan di jolinya.. lapar sangat la katakan, sampai diletak belakang mampu habiskan ke tidak, yang penting apa yang teringin di rembatnya..

selesai makan, ya Allah, kenyangnya... tak larat nak bangun dah ni.. huishhh...

itulah ragam kita..


tapi, pernahkan kita terfikir walau sejenak, andai kata allah tak mengfardhukan puasa, adakah kita akan mengetahui bagaimana rasanya kesusahan orang yang tidak berkemampuan?? yang terpaksa menahan lapar dan dahaga. terpaksa mengikat perut...


kita lihat dunia hari ini.. sahabat-sahabat kita di negara sana.. adakah kita merasai???

maka, sahabat-sahabat sekalian.. berpuasalah dengan penuh rasa rendah diri.. berbukalah dengan sekadarnya. jangan meletakkan tuntutan nafsu yang utama.. moga kita beroleh kebaikan di bulan mulia ini..

selamat berbuka semua muslimin muslimat di malaysia.. :)

Gambar-Gambar





Gambar-Gambar













Syaitan vs Nafsu

"sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatannya, maka bersahurlah walau dgn seteguk air "

syaitan2 semua telah di belenggu, yang tinggal sekarang adalah nafsu. andai nafsu sendiri tidak mampu kita atasi, maka bagaimanakah pula nanti bila syaitan dilepaskan??


seorang 'abid yang tercatat kisahnya suatu ketika dahulu, seorang hamba yang taat dan patuh kepada suruhan agama, hidupnya hanya beribadah kepada allah. tapi hinggalah suatu hari, datanglah syaitan yang bertekad utk merosakkannya. dihasutnya dengan arak, perempuan dan juga harta. hinggalah seberapa lama, tewaslah lelaki tadi.


satu kisah lagi, bilamana seekor syaitan sedang merayau2 mencari mangsa, tiba2 dia terserempak dengan seorang hamba allah yang sedang asyik melaksanakan satu perkara sedangkan tika itu waktu solat sudah hampir tiba. maka ssi syaitan tadi merasakan, inilah mangsanya pada hari ini. maka si syaitan tadi berusaha bersungguh-sungguh untuk melalaikan si lelaki tadi. si lelaki tadi tewas dan mengikut telunjuk si syaitan. setelah beberapa ketika, tiba lagi waktu solat, dan si lelaki tadi masih alpa dan mengabaikan solatnya, si syaitan tadi sudah gelisah. dan tiba lagi waktu solat ,dan si lelaki tadi masih mengabaikan solatnya.. syaitan bertambah-tambah gelisah. cukup sudah 5 waktu si lelaki tadi mengabaikan solatnya, si syaitan itu pun menjauhkan diri dari lelaki tadi dengan takutnya sambil berkata, allah telah tempatkan aku di neraka selama-lamanya kerana pernah mengingkari sekali perintahnya, tetapi lelaki ini jauh lebih jahat dari aku. mengabaikan perintah Allah % waktu sehari..


maka, kesimpulannya.. syaitan kerjanya hanya menghasut dan memperdayakan manusia.. tapi manusia, kadangkala melebihi jahatnya syaitan bilamana nafsunya yang di utamakan..

nauzubillah min dzalik... moga kita dilindungi allah dari kemurkanNya..

Iftar Generasi 13



iftar jamaie.. alhamdulillah, allah memberi izin dan perkenan kepada kami untuk duduk bersama lagi. walau setelah 3 4 tahun diantara kami yang tidak bersua, tetapi dengan perancangan allah, kami diizinkan untuk bersama.

4 tahun, jangka masa yang terlalu panjang rasanya.

berlalunya 4 tahun, sudah bermacam kisah kita telah lalui, sudah bermacam cerita yang kita harungi. kalau dulu kita semua hanya di level yang sama, tapi kini, masing2 sudah punya pencapaian yang berbeza.
tapi walau siapa kita, dan apa kerjaya kita, alhamdulillah, kita masih seorang hamba dan rijal agama yang tidak melupakan tanggungjawab bersama.

sahabat, apa yang telah kita lalui bersama adalah sebuah kisah yang sangat indah.

ianya kenangan yang tidak mungkin akan dapat dilupa.
bila lama tidak bersua, rasa rindu menggamit jiwa.
indahnya berukhuwah bersama kalian semua.
moga2, ada lagi kesempatan kepada kita untuk duduk bersama dan melakar kisah kita pada masa akan datang...

kalian adalah sahabat , dan sesungguhnya demi Allah, saya sayangkan sahabat-sahabat saya. terima kasih kerana meluangkan masa untuk hadir iftar bersama.. :)

syafi, iqbal harun, nazri, k.amin, hamdi, mahmud, anip, jepah, affan, yaset, mizan, ihsan, aon, dan firdaus. >