Tiada Ke- Tiga DIantara 2
berkelana meredah benua, merentas segala duga mencari redha yang Kuasa. hidup tak lama, tiada siapa dapat menduga bila sang malaikat hadir mencabut nyawa..
Ahad, 18 Mac 2012
nikmat
bismillahirrahmanirrahim. dengan nama allah aku mulakan, dengan nama allah juga akan aku akhiri.
bermualanya dengan sejuta kesyukuran atas segala nikmat dan kurnia dari allah yang esa. nikmat bukan hanya dengan kaya harta, sihat juga nikmat, sakit juga nikmat, susah juga nikmat. betapa banyaknya nikmat, hingga kadang kita leka, kita lupa dan alpa untuk bermunajat dan mensyukuri kepada allah yang memberi kita segala nikmat ini.
alhamdulillah hanya satu simbol tanda syukur, tapi begitu sukar kepada kita untuk mengucapkannya. mengapa? kenapa?
hiduplah kita dengan segala nikmat yang allah kurniakan, tapi jangan pernah kita lupa, segala nikmat yang kita kecapi ada amanahnya, ada tanggungjawabnya yang suatu hari akan dipersoal pula.
Ahad, 20 November 2011
tak jauh daaa
6. 12 kian hampir.... dup dap, dup dap. :) tak sabar rasanya, hari2 berlalu bagai tak mengizinkan aku pergi. :P
makin dekat makin ramai bertanya, dgr2 nak blik, betul ke? aku kelu untuk menjawab. malu rasanya. haishh.
tapi, aku yang mengambil keputusan, maka aku lah yang akan menanggung kesannya.
kalau di ikutkan hati, aku ingin terus berada disini, menyambung perjalanan yang masih berbaki. tapi, rasa bagai ada sesuatu yang sering memanggil aku untuk pulang.. apa yang aku harapkan, semua org memahami dan tidak banyak bertanya mengapa dan kenapa. :) aku yakin, pasti ada sesuatu yang telah allah izinkan untuk ku, walau aku masih tidak tahu.
dua tiga hari lepas, ada call mak.. kata mak, bg cik ada org tawarkan untuk jadi cikgu, dan ada juga tawaran untuk menjadi tukang masak di sekolah. aku masih mencari jawapan...
hajat pertama, aku ingin bekerja untuk melunaskan segala hutang piutang, hajat kedua menyambung pelajaran dalam bidang yang lain...
hanya mengharapkan doa dan dorongandari kalian...
menghitung hari..... moga allah redha aku.
Jumaat, 4 November 2011
penantian kadang menyakitkan.. :)
6.12.201 tarikh keramat yang sedang ku nanti.. penantian yang tiada mampu digambarkan..tarikh yang sekian lama ku nanti, walau apa pun, aku hanya merancang, allah jua lah yang menentukan. yang hanya aku harapkan, segala yang aku rancang dimakbulkan allah zat yang kuasa lagi mengetahui.
Ahad, 2 Oktober 2011
Khamis, 29 September 2011
baru nak post pasal raya... :P
banyaknya cerita yang ingin aku kongsikan. tapi kadang2 rasa mals mengatasi segalanya.. huhu. alhamdulillah, hari ini berkelapangan untuk berkongsi cerita hidupku hari-hari..
bermulanya ramadhan, dgn satu azam yang penuh didada, tapi tahun ni ramadhan aku berbeza dgn tahun-tahun sebelumnya, andai sebelum ni ramadhan aku hanya aku pikirkan untuk diri sendiri, maka tahun ni tidak, aku perlu pikirkan untuk 50 org kadang 60 org, kadang-kadang juga 80 org. sebulan lamanya.
alhamdulillah, rezeki itu dari allah, selepas aku ditamatkan contract dgn mitco, allahn izinkan aku dengan petronas pulak. aku diberi tanggungjawab untuk menyediakan makanan untuk berbuka puasa utk sebulan lamanya, dgn dibantu oleh kawan-kawan, alhamdulillah kerja ini kami dapat selesaikan dgn jayanya, segala kekurangan tidak dapat tidak mesti ada, begitu juga kadang-kadang timbul kesulitan. tapi itukan ujian dari allah. nak berjaya ni bukan senang kan?? :)
setiaphari, sebelum tidur aku akan memikirkan, apakah menu untuk esok? 30hari dengan menu yang berbeza dan juga untuk 60 orang ramainya bukan suatu yang mudah. banyak pengalaman yang aku dapat, banyak pengajaran yang aku perolehi.. nak cari rezeki ni bukan senang. kalau dulu, nak beli apa-apa, senang je./.. call mak cakap dan mintak ja tanpa memikirkan begitu sukarnya seorang ayah dan ibu membanting tulang untuk peroleh rezeki memelihara anak-anak yang ramai.
kini baru aku rasa, sukarnyaa... padahal hanya untuk menampung kehidupanku seorang.
30 hari berpuasa selesai sudah. malam raya, mendapat tempahan pula untuk jamuan kesyukuran. selesai jamuan malam raya, tugasan kami belum juga selesai, kami diminta untutk menyediakan juadah untuk pagi raya . nasi impit kuah kacang, satay, mee goreng, nasi briyani, kari khoruf, ayam masak merah.... menu yang perlu disajikan.. bermula jam 10 hinggalah ke pagi hari raya kami menjalankan tugasan. letihnya tiada mampu di ungkapkan.. tapi itu semua adalah satu pengalaman bru bagi aku. jika sebelum ini hanya sebagai pembantu, sekarang sebagai ketua penggerak.. jati tidak pernah senang lagimana tanggungjawab belum selsai dilaksanakan..
alhamdulillah, selesai sudah jamuan hari raya, open house pula menanti.. :), masak lagi. aku rasa org kat sudan ni pun dah bosan dgn makanan yang disajikan.. asyik air tangan aku je kan.. :P... 3 buah rumah menanti dengan menu yang berbeza..
terima kasih buat kawan-kawan yang sanggup bekorban masa dan tenaga membantu. terima kasih juga buat kakak, adik, dan kaum muslimat lain yang turut bekerjasama... insyallah lepas ni akan ku titipkan bersama gambar ketika ramadhan dan juga hari-hari sepanjang syawal...
Ahad, 11 September 2011
kehilangan
tanggal 11 september 2011, heboh berita gempar dari seberang benua sana, 3 orang yang jauh hubungan kekeluargaan telah meninggal dunia akibat kemalangan yang menimpa mereka, sebuah van yang dinaiki 9 orang terdiri dari 7 pelajar tingkatan 2, dan seorang pelajar tingkatan 5, dan juga ayah angkat kepada mereka semua telah dihempap sebatang pokok. akibat dari kemalangan ini, 3 orang telah meninggal dunia.
bukan laporan berita yang ingin ku kongsikan, tapi rasa kehilangan yang ingin diceritakan. sungguh saya hanya mengenali dua orang dari mangsa yang meninggal, tapi saya merasakan semua yang trlibat dalam kemalangan ini seperti salah serang dari kelurga saya sendiri.
kami tiada sebarang ikatan kecuali, mereka adalah junior saya di matri. hubungan persaudaraan atas dasar sesama islam telah mengingat hati2 kami walau kami tidak pernah bersua secara realiti.
oleh itu, saya mengajak semua yang membaca kita mendoakan jenazah mereka di tempatkan bersama solihin, dan mereka yang cedera tabah dalam menghadapi ujian ini. al fatihah utk mereka.
takziah untuk keluarga mangsa dan semua yang mengenali mereka..
sesungguhnya dari allah kita datang, dan kepada allah juga kita kembali.
Sabtu, 10 September 2011
banyak sangat ke masalah???
masalah, masalah, dan masalah...
masalah takkan pernah terlepas selagi mana kita adalah manusia yang waras.
masalah takkan pernah selesai andai kita hanya asyik mengelakkan diri dan takut untuk menghadapinya.
oleh itu, tenanglah bilamana masalah menimpa, kerna ketenangan adalah salah satu aspek penting dalam menangani masalah. jangan gelabah, jangan kalut,
rileks dan tenang la. fikir, doa, usaha ikhtiar dan tawakkallah.. sesungguhnya allah mengetahui setiap sesuatu itu.
pernahkan mendengar firman allah.. "allah tidak menciptakan sesuatu perkara itu dengan sia2" oleh itu, segala perkara yang menimpa, masalah mahupun
musibah ataupun bahagia dan suka, semuanya adalah ketentuan dari allah..
allah maha mengetahui segala sesuatu, tiada yang mampu menyembunyikan tiada yang mampu mendustakan..
sesungguhnya kuasa allah tiada siapa yang mampu melawan.
Jumaat, 9 September 2011
cinta.. :)
dua pasangan yang sedang hangat bercinta sering menimbulkan persoalan, awak.. mengapa awak sayangkan saya? mengapa awak cintakan saya?? dan satu saja jawapan yang dinantikan sang dia yang bertanya, iaitu ingin dipuji dan dimanja. kononnya romantik la katakan.
tapi, andai soalan ini ditanya kepada saya. saya hanya ada satu jawapan. awak, saya cintakan awak kerana awak adalah awak. andai saya cintakan awak kerana awak cantik, sedarlah kecantikan yang awak nikmati sekarang akan hilang , awak akan bertambah usia, bertambah kedut di wajah.
andai saya sayangkan awak hanya kerana awak bijak atau sewaktu dengannya, suatu hari nanti awak akan nyanyuk juga.
awak.. manusia itu pasti akan berubah bilamana usia makin bertambah.
oleh itu, ketahuilah, cinta saya tiada sebab. cinta saya hanya kerana awak adalah awak. dan saya sukakan awak kerana awak adalah awak.
tapi saya belum di tanya soalan ini. oleh itu, saya belum pernah menjawab soalan ini. jadi andai ada yang ingin bertanya, maka jawapan sudah tersedia.
cinta itu suci, jangan cemarkan dengan kemaksiatan
cinta itu agung, jangan rendahkan ia dengan kejahatan
cinta
cinta
cinta...
Jumaat, 5 Ogos 2011
ramadhan kareem
alhamdulillah, syukr diatas segala rahmat dan berkat.
alhamdulillah sejuta kesyukuran sewajibnya kita lafazkan, kerna masih lagi diberi kesempatan dan kesihatan untuk melalui lagi satu bulan yang sentiasa di nanti-nantikan sang pencinta dang sang perindu. bulan yang mensucikan,bulan yang membersihkan, dan bulan yang penuh kemuliaan.
ramadhan. shahrul kareem, ramadhan shahrur rahmah...
kite sering melafazkan ramadhan kareem. dan sering juga kita menjawab, allahu akram.tapi adakah sekadar lafaz tanpa faham dan ketahui maknanya??
alhamdulillah, ana diizinkan untuk merasai kareemnya ramadhan, kareemnya allah..
benarlah, dan sungguh benarlah. allah takkan pernah mensia2kan hamba-hambanya walau sesaat, walau sedetik. kita senantiasa berada dalam pemerhatiannya, cuma kita manusia, sering lupa dan alpa.
ramadhan kini sudah 4 hari berlalu.. bakinya 26 lagi.. cukuplah, biarkan 4 hari ini berlalu dengan sia - sia, tapi jangan sekali kita biarkan lagi 26 hari berlalu dengan tiada apa perubahan dalam diri..
sedarlah, usia kita sentiasa mengiringi hari-hari yang berlalu.
dan sedarlah, hari-hari yang berlalu, menghampirkan kita kepada kematian..
moga-moga, kita mati dalam keimanan..
salam ramadhan buat semua kawan dan rakan juga sahabat dan seluruh kenalan.. ramadhan kareem, allahu akram
alhamdulillah sejuta kesyukuran sewajibnya kita lafazkan, kerna masih lagi diberi kesempatan dan kesihatan untuk melalui lagi satu bulan yang sentiasa di nanti-nantikan sang pencinta dang sang perindu. bulan yang mensucikan,bulan yang membersihkan, dan bulan yang penuh kemuliaan.
ramadhan. shahrul kareem, ramadhan shahrur rahmah...
kite sering melafazkan ramadhan kareem. dan sering juga kita menjawab, allahu akram.tapi adakah sekadar lafaz tanpa faham dan ketahui maknanya??
alhamdulillah, ana diizinkan untuk merasai kareemnya ramadhan, kareemnya allah..
benarlah, dan sungguh benarlah. allah takkan pernah mensia2kan hamba-hambanya walau sesaat, walau sedetik. kita senantiasa berada dalam pemerhatiannya, cuma kita manusia, sering lupa dan alpa.
ramadhan kini sudah 4 hari berlalu.. bakinya 26 lagi.. cukuplah, biarkan 4 hari ini berlalu dengan sia - sia, tapi jangan sekali kita biarkan lagi 26 hari berlalu dengan tiada apa perubahan dalam diri..
sedarlah, usia kita sentiasa mengiringi hari-hari yang berlalu.
dan sedarlah, hari-hari yang berlalu, menghampirkan kita kepada kematian..
moga-moga, kita mati dalam keimanan..
salam ramadhan buat semua kawan dan rakan juga sahabat dan seluruh kenalan.. ramadhan kareem, allahu akram
Langgan:
Catatan (Atom)