Ahad, 12 Ogos 2012

wajah2 mereka punya seribu satu kisah










terkenangkan dia yang telah kembali kesana..

11.8.2012.

alhamdulillah allah beri kesempatan untuk kami meraikan keluarga sahabat kami yang telah kembali kerahmatullah. sempat juga berjumpa dengan syeikhuna muhammad zaimmuddin bin hasyim.

sebak masih bersarang di hati mereka, terpancar dari raut wajah mereka.. tapi terimbau kata ayahnya, alhamdulillah dia dah selamat di sana, yang tinggal hanya kita di dunia ni. macam manalah pengakhirannya..

dia bukan sahaja seorang sahabat yang baik, malah seorang anak yang soleh. ini dapat saya simpulkan setelah mendengar kisah dari mak dan ayahnya.

Ya Allah, redha lah dia, rahmati lah dia, tempatkan lah dia di tempat yang bersesuaian dengan pangkat dan darjatnya..

tenanglah engkau di sana sahabat..

terimbau, terkenang wajah dia.

tenanglah engkau.


afifi.. dengan kasih sayang semua, tersenyumlah engkau di sana...

Sabtu, 11 Ogos 2012

singkat kata untuk penyeri rupa.. :)

alhamdulillah, allah beri keizinan dan kesempatan untuk kembali merasai iftar bersama2 sahabat di bumi yang mana banyak jasanya kepada kami. alhamdulillah, summa alhamdulillah..

ramadhan kian pergi meninggalkan, syawal pula akan bergilir mengambil alih perjalanan.
moga-moga ada kebaikan yang bakal diperolehi setelah sebulan mendidik hati.. :)

nak ucap raya?? awal lagi.. nanti lah yea.. hehe.. gandakan amalan dengan ramadhan yang berbaki.. moga allah redha kita.. :)

biar gambar yang berbicara.. :)







Ahad, 5 Ogos 2012

..........

tangan kaku seketika..
akal sibuk mencari idea..
lidah cuba menyusun kata..

bagaimana ingin memulakan,
bagaimana pula ingin melaksanakan..
bagaimana pula ingin di amalkan....


Sabtu, 4 Ogos 2012

tiada kata mampu menggambar, sekadar mencoret secebis kata sebagai simbol rasa di jiwa

indahnya berukhuwah...

bila berjumpa mereka, terasa damai dan tenang..
seakan ingin memeluk erat melangsai rindu dan sayang

berbeza umur dan pangkat
namun tiada pernah menggugat
bilamana bersahabat bermatlamat
allah menguat erat hubungan sahabat

kisah suka duka di kongsi bersama
mengimbau segala kenangan indah kita

pahit dan manis, asam dan garam
tiada akan terpisah dalam masakan
begitu juga kisah kita
tetap terus berukhuwah hingga ke syurga

meletak matlamat tinggi bersama
pelbagai onak dan susah kita redahkan jua
kerana itu janji kita
mengharap redha hanya dari Dia

r

Jumaat, 3 Ogos 2012

MASA

bismillahirahmanirrahim...

sudah sampai ke pertengahan ramadhan sudah kita.. pejam celik- pejam celik, pejam lagi dan celik semula, kejapnya masa berlalu..

sedar atau tidak, inilah hakikat kehidupan. masa akan terus berlalu tanpa pernah menunggu. kisah semalam akn kekal menjadi tatapan, dan orang yang bijak pandai akan menjadikannya panduan, agar setiap kesalahan yang dilakukan pada masa lepas tidak akan berulang.

masa ibarat pusingan jam... mana pernah ada pusingan jam yang berpusing ke belakang, ia akan terus berpusing ke hadapan hingga satu saat bilamana baterinya sudah habis dan ia akan berhenti dengan sendirinya.

mungkin kita sedar, tapi selalu kita lupa.. masa itu sangat berharga. andai punya wang berjuta, andai hingga melimpah ruah mengisi dunia sekalipun harta mana mungkin masa yang lalu mampu di beli mahupun di miliki lagi.. masa yang berlalu hanya akan menjadi sejarah dan sebuah kisah.


Alhamdulillah.. Alhamdulillahi rabbil 'alamin 'ala kullu ni'mah.

sejuta kesyukuran dipanjatkan.
Dalam sedang asyik meneruskan kehidupan harian, terkadang sifat alpa dan leka menguasai diri. tapi, syukur di panjatkan kerana dengan kasih dan rahmat Dia, kita di sedarkan dari terus lupa dan leka.

Allah, redhalah kami, rahmatilah kami, berkatilah usia kami.