Ahad, 28 Jun 2015

Catatan Ramadhan 10.

Kita manusia punya daya yang terbatas, sekuat mana kita akan ada satu tahap yang sgt melelahkan hingga kita tak mampu utk melakukan apa2 pun.
Hanya dgn belas dan Ihsan dari Allah kita mampu melakukan apa yang kita mampu sekarang.

Maka.. kenapa perlu kita sombong dan bongkak lagi???
Masih gah berdiri angkuh berjalan di atas bumi? 
Sedangkan matahari yang terik menerangi juga tunduk dan patuh.
Gunung ganang juga taat pada perintah..
Kita hanya sang kerdil yang tiada apa, bongkak dan engkar...

Allah.
Kerana kami senang kami selalu terlupa.
Kerana terlampau banyak nikmat yang Engkau anugerahkan kami leka dan alpa.
Maka ampunkanlah, sempena Ramadhan yang mulia ini.
Sungguh kami tak mampu melakukan apa2 tanpa izin dan perkenanMu.

Jom gandakan amal. Ramadhan masih berbaki..
Jom melaksanakan perubahan kerna Allah masih memberi nafas baru buat kita sang pendosa..

Rabu, 17 Jun 2015

MASDAR

MASDAR singkatan bagi Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin
Berkampung di Kg Baru Batu 13, Jalan Sintok,06010 Canglun. Kedah Darul Aman.

Selasa, 16 Jun 2015

Sungguh. Dalam mendidik kita sendiri akan terdidik. Kerna sy kira, mana mungkin proses pendidikan itu hanya berlaku sebelah pihak?

Sy cuba perincikan, contohnya kita mengajar anak atau adik2 didik kita utk menjadi seorang yang taat dan patuh nescaya kita sebagai orh yg ingin mendidik pasti akan  terasa letih dan kadangkala perasaan malas akan mencengkam jiwa. Kan??
Maka disini kita telah terdidik utk lebih bersabar dan cuba utk merancang agar pendidikan kita lebih berkesan. Kan???

Maka, begitulah hendaknya. Proses pendidikan itu melibatkan semua pihak. Kita kenal atau tidak seseorang itu, kita tetap bertanggungjawab dalam membina atau membentuk jatidiri dia.

Bukan sekadar percakapan kita, pandangan kita malah perbuatan kita juga akan melibatkan semua orang disekeliling kita.

Maka dengan itu, islam adalah sebaik2 cara dalam mendidik. Mengapa? Kerana islam melitupi setiap segenap aspek seorang manusia.

Sedari bangun tidur hinggalah kembali tidur, malahan dalam tidur kita juga islam ada...

Ayuh kembali mengamalkan islam yang syumul.
kita berpegang pada Agama kerana benarnya agama ini. Bukan kerana seseorang yang mengajarkan kita ilmuNya, bukan kerana seseorang yang mengajak kita... tetapi kerna apa yang telah ditunjukkan rasulNya dan dibimbing pula dgn kitabNya.
kerna islam itu ada pada keduaNya.
sunnah Rasul S.A.W dan juga kita Alquran alkarim.
 

Rabu, 10 Jun 2015

sahabat

Bila bicara tentang ukhuwah
Kadang aku jadi resah
Sering aku gemburkan
Ukhuwah itu indah
Ukhuwah itu kerana Allah...

Ya, aku akui.
Sungguh aku mengasihi
Sangat aku menyayangi
Tapi, setakat mana aku bertindak??

Mengapa?
Aku melihat mereka leka
Aku melihat mereka alpa
Aku melihat mereka terus lena
Tanpa pernah aku menyedarkan
Tanpa pernah aku menging
atkan
Tanpa pernah aku mengejutkan...

Ukhuwah fillah kah ini?

Teman, aku memohon kemaafan
Belum cukup aku menjadi sahabat
Belum cukup aku menjadi saudara kalian.

Walau apa pun, sahabat..
JEngkau amat aku sayang
Engkau amat aku cinta
Dan engkau yang sentiasa aku doakan
Menjadi jiran di syurga bersama

Kerna kau sahabat
Kerna ukhuwah kita kerna Allah yang Esa..

Selasa, 9 Jun 2015

cinta

Cinta..

Sungguh ianya luar biasa, bukan dikira kau siapa
Bukan dikira bagaimana rupanya, bukan juga dikira kau apa..
Haha
Kerana saat ini aku terlalu mencintai
Bukan pada makhluk bernama manusia,
Tapi, kepada seni fotografi.

Bukankah sudah aku katakan, cinta itu gila??
Maka, ini biasa...

Maka definasi cinta itu bukan kecil saja,
Luas, terpulang pada kau yang menghuraikan.