Selasa, 25 Ogos 2015

maaf aku pinta

Sungguh apa yang kita katakan kita akan sendiri teruji.

Ya Allah, kurniakan aku sabar, kurniakanlah aku tabah. Aku sedar, tidak selayaknya aku menjadi pendidik sedangkan diriku masih belum cukup dididik.
Tapi saksikanlah Ya Allah, apa yang aku lakukan kerna aku menyayangi mereka.

Maaf aku pinta kerna tiada mampu menahan amarah. Ampun ku harapkan kerna salah yang aku lakukan.

Sungguh. Sentiasa aku harapkan kalian menjadi teladan bukan sekadar di bumi wakafan ini tetapi dunia seluas mana kau jelajahi.. kerna kalian insan pilihan. Kerna kalian aku sayang.


Pendidik bukan bererti dia sempurna, maka maafkanlah silapnya. :(

Sungguh aku belum cukup selayaknya menjadi pendidik, kerna aku sendiri belum cukup terdidik.