Selasa, 31 Julai 2012

soalan dan jawapan saya.. :)

sedang asyik menyiapkan makanan untuk bersahur tadi, timbul persoalan dalam benak saya..

mengapa saya memilih tukang masak sebagai kerjaya. dan mengapa disini tempat saya memulakan kerjaya??

saya berfikir, mencari jawapan...
pernah satu ketika, adik2 di masdar bertanya, adakah saya akan terus kekal bersama mereka, atau ini hanya sementara??

ada juga yang bertanya, kenapa saya memilih masdar sebagai tempat untuk memulakan kerjaya?? kenapa dan mengapa tidak di tempat lain...

saya berfikir lagi dan lagi...

ramai bertanya..

awak gi belajar jauh-jauh, balik-balik tukang masak juga yang awak pilih..
dan dalam banyak-banyak yang bertanya, alhamdulillah ramai juga yang memberi respon yang baik, tidak kurang ada juga yang semacam memandang sinis...

tapi, bagi saya....

ini adalah minat saya, dan saya rasa dengan minat inilah saya mampu memberi sedikit sumbangan saya kepada agama saya. mak selalu pesan..

"bang cik, mak tak pernah harapkan anak-anak mak balik dengan membawa sijil, tapi cukuplah bagi mak, anak-anak mak balik dengan memahami makna kehidupan.. "


jadi kerjaya ini saya pilih, kerana saya yakin dengan kerjaya ini saya mampu manfaatkan untuk keluarga saya, bangsa saya, dan paling penting agama saya..

hidup kit saling memerlukan, maka salinglah memberi dan menerima...

maka, saya merasakan... inilah jawapan saya...

azan subuh dah berkumandang.. selamat berpuasa, dan semoga allah terima puasa kita.. :)

5 ulasan:

nizam sudan berkata...

rindulah kat (masakan) Albo... :)

nizam_sudan berkata...

rindulah kat masasakan Albo...

nizam_sudan berkata...

rindulah kat masakan albo... :)

Nizam_sudan berkata...

rindulah masakan Albo... :D

Syed Ahmad Fathi berkata...

Mak ana pernah kata kat ana dalam kereta yang sampai sekarang buatkan ana tak risau pasal kerja walau belum bekerja "Ibu tak kisah angah jadi tukang kutip sampah pun asalkan soleh" . Sejak tu ana tak risau dah jadi apa pon. Asalkan soleh.