Khamis, 26 Julai 2012

Iftar Generasi 13



iftar jamaie.. alhamdulillah, allah memberi izin dan perkenan kepada kami untuk duduk bersama lagi. walau setelah 3 4 tahun diantara kami yang tidak bersua, tetapi dengan perancangan allah, kami diizinkan untuk bersama.

4 tahun, jangka masa yang terlalu panjang rasanya.

berlalunya 4 tahun, sudah bermacam kisah kita telah lalui, sudah bermacam cerita yang kita harungi. kalau dulu kita semua hanya di level yang sama, tapi kini, masing2 sudah punya pencapaian yang berbeza.
tapi walau siapa kita, dan apa kerjaya kita, alhamdulillah, kita masih seorang hamba dan rijal agama yang tidak melupakan tanggungjawab bersama.

sahabat, apa yang telah kita lalui bersama adalah sebuah kisah yang sangat indah.

ianya kenangan yang tidak mungkin akan dapat dilupa.
bila lama tidak bersua, rasa rindu menggamit jiwa.
indahnya berukhuwah bersama kalian semua.
moga2, ada lagi kesempatan kepada kita untuk duduk bersama dan melakar kisah kita pada masa akan datang...

kalian adalah sahabat , dan sesungguhnya demi Allah, saya sayangkan sahabat-sahabat saya. terima kasih kerana meluangkan masa untuk hadir iftar bersama.. :)

syafi, iqbal harun, nazri, k.amin, hamdi, mahmud, anip, jepah, affan, yaset, mizan, ihsan, aon, dan firdaus. >

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menarik dpt brbuka posa brsama2 sahabat..suasana er,brbeza walaupn brbuka posa brsama2 org laen sbb xada jalin ukhwah yg sama mcm sahabat2..jazakaAllah persediaan tokey dwan mkn yg masak sgt sedap n segar dlm ingatan..