Khamis, 26 Julai 2012

Syaitan vs Nafsu

"sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatannya, maka bersahurlah walau dgn seteguk air "

syaitan2 semua telah di belenggu, yang tinggal sekarang adalah nafsu. andai nafsu sendiri tidak mampu kita atasi, maka bagaimanakah pula nanti bila syaitan dilepaskan??


seorang 'abid yang tercatat kisahnya suatu ketika dahulu, seorang hamba yang taat dan patuh kepada suruhan agama, hidupnya hanya beribadah kepada allah. tapi hinggalah suatu hari, datanglah syaitan yang bertekad utk merosakkannya. dihasutnya dengan arak, perempuan dan juga harta. hinggalah seberapa lama, tewaslah lelaki tadi.


satu kisah lagi, bilamana seekor syaitan sedang merayau2 mencari mangsa, tiba2 dia terserempak dengan seorang hamba allah yang sedang asyik melaksanakan satu perkara sedangkan tika itu waktu solat sudah hampir tiba. maka ssi syaitan tadi merasakan, inilah mangsanya pada hari ini. maka si syaitan tadi berusaha bersungguh-sungguh untuk melalaikan si lelaki tadi. si lelaki tadi tewas dan mengikut telunjuk si syaitan. setelah beberapa ketika, tiba lagi waktu solat, dan si lelaki tadi masih alpa dan mengabaikan solatnya, si syaitan tadi sudah gelisah. dan tiba lagi waktu solat ,dan si lelaki tadi masih mengabaikan solatnya.. syaitan bertambah-tambah gelisah. cukup sudah 5 waktu si lelaki tadi mengabaikan solatnya, si syaitan itu pun menjauhkan diri dari lelaki tadi dengan takutnya sambil berkata, allah telah tempatkan aku di neraka selama-lamanya kerana pernah mengingkari sekali perintahnya, tetapi lelaki ini jauh lebih jahat dari aku. mengabaikan perintah Allah % waktu sehari..


maka, kesimpulannya.. syaitan kerjanya hanya menghasut dan memperdayakan manusia.. tapi manusia, kadangkala melebihi jahatnya syaitan bilamana nafsunya yang di utamakan..

nauzubillah min dzalik... moga kita dilindungi allah dari kemurkanNya..

Tiada ulasan: