Isnin, 22 September 2014

kem MASDAR bersama masyarakat di kg tradisi


bacaan yasin bersama masyarakat kg tradisi






slot qiyamullail oleh syeikhuna 
ust muhtad dan syeikh said amin almisri




PERLAWANAN BOLA SEPAK
MASDAR VS SYABAB HALUAN KEDAH UTARA







pengisian hebat dari syabab haluan terengganu


Ahad, 21 September 2014

bola sepak pertama masdar


pengalaman pertama kami. menyertai perlawanan bola sepak sukan sekolah2 agama negeri kedah.

berbaloi walaupun tiada kemenangan diraih.
kalah, tapi penuh kepuasan.

kerana kami yakin dan tahu, kemenangan itu anugerah buat mereka yang layak.
maka, sedarlah kami..
untuk berjaya, usaha bukan sekadar cuma.
selagi terdaya, selagi mampu maka teruskanlah berusaha dan terus berusaha dgn penuh kesungguhan dan kemahuan.

:)

sedih? biasa, adat perlawanan ada kalah ada yang menang. kalah kami harini, mendewasakan kami utk menang di hari kemudian.

bila? bila sudah tiba waktu dan masanya.



afiq ashraf
ikram, mengasah pengetahuan
penuh semangat mempertahankan gawang
amar azizan
   

warming up merenggangkan otot 
keepes terbaik kami
nafis
tekun membaca strategi
coach ust sobri
kecil bukan halangan
fotografer terbaek kami
nazim 
pasukan bola sepak pertama MASDAR
2014
kalah, kami masih bahagia. :)
antara yang banyak memberi khidmat dan bantuan
terima kasih semua.
kenangan terindah
uhibbukum fillah

            

terima kasih sahabat.

Syed Ahmad Fathi

Assalamualaikum,

Pengalaman anta yang anta rasa tak signifikan ni, baik anta bukukan, bukan tak bagus tulis di timeline, cuma mungkin 10-20 tahun akan datang bentuk (timeline) ini tidak dapat dibaca lagi, atau mungkin waktu tu facebook dah bankrap.

Satu hari nanti, anta akan meninggalkan dunia ini, anak-anak kecil masdar sekarang yang anta bina hubungan hati, yang anta jaga, yang anta masakkan makanan, mereka akan membesar dan keluar dari masdar. Hingga sampai satu masa mereka akan merindui masa-masa mereka di masdar, mereka akan mengalirkan air mata bila baca tulisan dan harapan anta tentang mereka (kalau mereka dapat membacanya). Jadi sekiranya anta tulis ke dalam blog/buku, ia mungkin lebih lama terpelihara.

Waktu itu, tahun-tahun awal akan menjadi sejarah yang ingin dibaca oleh ramai orang. Keluaran masdar juga mungkin sudah menjadi insan-insan yang hebat. Orang ingin mengetahui dimana titik mula insan-insan hebat ini. Disitulah lahirnya kepentingan dokumen (Kisah-kisah pahit manis masdar) yang terpelihara, dan dapat dibaca.

Ana secara jujur kagum dengan anta, ramai orang boleh belajar/berkerja kerana mereka berfikir diakhirnya nanti belajar/kerja itu nanti akan jamin kehidupan dia. Tapi berapa ramai yang sanggup berkerja untuk membina orang lain dengan kerja seperti anta, ana sendiri mungkin belum mampu. Senang untuk kita sebut kerja, tetapi untuk kita ber'kerja' bukanlah sesuatu yang mudah seperti mudahnya ungkapan.

Kadang-kadang sahabat sendiri tidak pandai menjaga hati, tidak memuji, malah mungkin komen kita. Di sini ikhlas kita akan diuji, jika kita berkerja kerana ALLAH dan bukan sahabat, kita akan istiqamah, sekiranya tidak kita akan tertapis (ana juga takut tertapis). Ana doakan ALLAH beri istiqomah pada anta, juga pada ana. Kuat kan hati .




>>>>Tika diri lemah. Ada sahabat yang teguh memberi sokongan menyemarakkan kembali semangat.
Itulah untungnya ukhwah fillah. Dia seakan faham dan tahu. Dia seakan sedar dan mengerti.
Maka. Ayuh lah membina ukhwah kerana allah. Mengeratkan dgn ikatan fikrah.

Syukran akhuna Syed Ahmad Fathi
Mohon doakan ana menjadi seperti apa yang anta sangkakan pada diri ana.<<<

dalam persoalan??

Dah hampir 3 tahun.
Adakah selamanya atau adakah seketika cuma??
Pernah timbul persoalan. Kenapa disini menjadi pilihan?
Bila berseorangan, merasakan hanya sekadar memberi khidmat dan bantuan.
Bila bersama mereka, terasa hubungan hati yang terjalin bagai tidak mahu diputuskan.
Melihat, dari awal penubuhan. Pernah merasai, hanya seorang diri di tapak kami berdiri.
Sunyi sewaktu itu, hingga hadirnya mereka suati ketika dulu.
Ditatap seorang demi seorang, pelbagai cerita dan kisah mereka.
Sehinggalah terdengar berita, akan berpindah ntah ke mana.
Sebulan dua berbincang merata,
Akhirnya canglun menjadi taruhan.
Menumpang sekejap, toyibah ditempatkan.
Sementara menanti bangunan sendiri.
Sungguh. Dari mula hingga kini.. terlalu bnyak kisah menggamit hati.
Dari memasak,masuk mengajar.. menjadi dreba, memotong rumput. Menjaga budak hingga kesemua perkara rasanya.
Sudah ibarat, adik kandungan di teratak idaman.
......
11.34mlm
20.9.14

Jumaat, 21 Februari 2014

rindu

rindu itu anugerah
sebuah rasa dari cinta

rindu kadang terasa indah
kadang juga perit menyeksa jiwa

rindu
rindu
rindu...

Sabtu, 26 Oktober 2013

aku ingin menjadi aku yang berbeza

ya Allah, terima kasih atas jawabnya
engkau takdirkan bukan dia yang menjadi teman
aku ridha
aku tersenyum bahagia
kerna ku yakin ada yang lebih baik yang telah Engkau tetapkan

sungguh, aku sudah tidak terlalu mengharap
aku hanya akan terus menanti hingga tiba waktunya


aku akan terus berdoa
aku akan terus berusaha
menjadi aku yang berbeza
menjadi aku yang meletakkan Engkau yang Utama.

Ya Allah
kurniakan aku tabah
kurniakan aku kuat
kurniakan aku sabar
kurniakanlah aku istiqamah

aku ingin menjadi aku yang berbeza

Rabu, 19 Jun 2013

coret dan mencoret

langkahku, kini ku perkemaskan,
aku atur meniti jalan2 yang penuh liku
ku teliti mangharungi onak dan duri.
walau kadang aku jatuh,
tertusuk duri pedih,
walau kadang aku tersesat,
tersilap memilih jalan ,
tapi, aku akan terus,
terus meniti jalan ini.

sungguh, inilah yang dikatakan hidup
penuh duga dan coba.

sungguh tiada yang mudah,
kerna aku tahu ganjaran yang di beri tersangatlah mewah.

sungguh, ganjaran inilah yang menjadi damba setiap manusia.
walau siapa mereka, apa agama mereka ..
sungguh, syurga idaman setiap manusia...

Selasa, 19 Februari 2013

langkahku di malam hari

Indah,
Aman memandang,
Damai menyenangkan
Tenang dirasakan
Hilang segala kekalutan,

Cantik.
Ibarat mawar mekar membunga,
Ibarat bulan indah mengambang,
Ibarat senyuman sang jelitawan.



Aku melangkah demi langkah.
Aku berhenti seketika,
Aku toleh ke sebelah sana dan sini,
Aku pandang ke atas dan ke bawah.
Aku mendepakan tangan
Aku melangutkan wajah
Aku menghirup udara sedalamnya
Aku menghembuskan ia sederasnya

Bulan separa kelihatan
Cerah indah mendamaikan

Bintang bergemerlapan
Cantik menghiasi langit malam

Cengkerik riuh kedngaran,
Mendendangkan lagu kedamaian

Aku berhenti lagi.
Mencari satu jawapan

Hidup penuh dengan persoalan,
Hidup penuh dengan ujian

Ku ketemu satu jawapan
Dalam berjuta langkah ku ayunkan
Hanya hubungan dgn pencipta alam
Menjadi kunci segala persoalan
Menjadi jawapan dajuam segala ujian


Sabtu, 16 Februari 2013

pengharapan cinta

bismillahirrahmanirrahim..

hati membunga mekar..

aku berdoa, ya Allah andai dia yang engkau takdirkan untuk ku, maka ikatkanlah hati kami, satukanlah hati kami.
tapi, andai bukan dia yang engkau takdirkan, maka jauhkan kami mulai saat ini. kerana aku takut ya Allah.
aku takut ada di antara kami yang luka kecewa..

ya Allah, perasaan ini fitrah yang engkau ciptakan, ingin dikasihi dan mengasihi, maka andai bukan dia yang engkau ciptakan untuk ku, maka jangan lah engkau izinkan lahirnya kasih dan sayang antara kami. kerana kau mengetahui Ya Allah, kami ini insan yang lemah, takkan mampu untuk mengawal hati dan perasaan kami.

ya Allah, cinta engkau yang kami harapkan, kerana kami tahu, hanya dengan mencintai engkau, kami akan beroleh cinta yang sejati dan murni.. ya Allah, engkau lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kami, maka kau izinkan lah yang terbaek berlaku ke atas diri kami.

moga engkau rahmati, redhai cinta dan kasih kami. dan satukan lah cinta ini dalam ikatan yang engkau redhai. jauhkan lah kami dari maksiat yang akan mengundang murka kau ya Allah..