Selasa, 16 Jun 2015

Sungguh. Dalam mendidik kita sendiri akan terdidik. Kerna sy kira, mana mungkin proses pendidikan itu hanya berlaku sebelah pihak?

Sy cuba perincikan, contohnya kita mengajar anak atau adik2 didik kita utk menjadi seorang yang taat dan patuh nescaya kita sebagai orh yg ingin mendidik pasti akan  terasa letih dan kadangkala perasaan malas akan mencengkam jiwa. Kan??
Maka disini kita telah terdidik utk lebih bersabar dan cuba utk merancang agar pendidikan kita lebih berkesan. Kan???

Maka, begitulah hendaknya. Proses pendidikan itu melibatkan semua pihak. Kita kenal atau tidak seseorang itu, kita tetap bertanggungjawab dalam membina atau membentuk jatidiri dia.

Bukan sekadar percakapan kita, pandangan kita malah perbuatan kita juga akan melibatkan semua orang disekeliling kita.

Maka dengan itu, islam adalah sebaik2 cara dalam mendidik. Mengapa? Kerana islam melitupi setiap segenap aspek seorang manusia.

Sedari bangun tidur hinggalah kembali tidur, malahan dalam tidur kita juga islam ada...

Ayuh kembali mengamalkan islam yang syumul.
kita berpegang pada Agama kerana benarnya agama ini. Bukan kerana seseorang yang mengajarkan kita ilmuNya, bukan kerana seseorang yang mengajak kita... tetapi kerna apa yang telah ditunjukkan rasulNya dan dibimbing pula dgn kitabNya.
kerna islam itu ada pada keduaNya.
sunnah Rasul S.A.W dan juga kita Alquran alkarim.
 

Tiada ulasan: