Ahad, 21 September 2014

terima kasih sahabat.

Syed Ahmad Fathi

Assalamualaikum,

Pengalaman anta yang anta rasa tak signifikan ni, baik anta bukukan, bukan tak bagus tulis di timeline, cuma mungkin 10-20 tahun akan datang bentuk (timeline) ini tidak dapat dibaca lagi, atau mungkin waktu tu facebook dah bankrap.

Satu hari nanti, anta akan meninggalkan dunia ini, anak-anak kecil masdar sekarang yang anta bina hubungan hati, yang anta jaga, yang anta masakkan makanan, mereka akan membesar dan keluar dari masdar. Hingga sampai satu masa mereka akan merindui masa-masa mereka di masdar, mereka akan mengalirkan air mata bila baca tulisan dan harapan anta tentang mereka (kalau mereka dapat membacanya). Jadi sekiranya anta tulis ke dalam blog/buku, ia mungkin lebih lama terpelihara.

Waktu itu, tahun-tahun awal akan menjadi sejarah yang ingin dibaca oleh ramai orang. Keluaran masdar juga mungkin sudah menjadi insan-insan yang hebat. Orang ingin mengetahui dimana titik mula insan-insan hebat ini. Disitulah lahirnya kepentingan dokumen (Kisah-kisah pahit manis masdar) yang terpelihara, dan dapat dibaca.

Ana secara jujur kagum dengan anta, ramai orang boleh belajar/berkerja kerana mereka berfikir diakhirnya nanti belajar/kerja itu nanti akan jamin kehidupan dia. Tapi berapa ramai yang sanggup berkerja untuk membina orang lain dengan kerja seperti anta, ana sendiri mungkin belum mampu. Senang untuk kita sebut kerja, tetapi untuk kita ber'kerja' bukanlah sesuatu yang mudah seperti mudahnya ungkapan.

Kadang-kadang sahabat sendiri tidak pandai menjaga hati, tidak memuji, malah mungkin komen kita. Di sini ikhlas kita akan diuji, jika kita berkerja kerana ALLAH dan bukan sahabat, kita akan istiqamah, sekiranya tidak kita akan tertapis (ana juga takut tertapis). Ana doakan ALLAH beri istiqomah pada anta, juga pada ana. Kuat kan hati .




>>>>Tika diri lemah. Ada sahabat yang teguh memberi sokongan menyemarakkan kembali semangat.
Itulah untungnya ukhwah fillah. Dia seakan faham dan tahu. Dia seakan sedar dan mengerti.
Maka. Ayuh lah membina ukhwah kerana allah. Mengeratkan dgn ikatan fikrah.

Syukran akhuna Syed Ahmad Fathi
Mohon doakan ana menjadi seperti apa yang anta sangkakan pada diri ana.<<<

1 ulasan:

Syed Ahmad Fathi berkata...

Hahaha. Ni apehal semangat ni. Malu lah aku.