Jumaat, 3 Ogos 2012

MASA

bismillahirahmanirrahim...

sudah sampai ke pertengahan ramadhan sudah kita.. pejam celik- pejam celik, pejam lagi dan celik semula, kejapnya masa berlalu..

sedar atau tidak, inilah hakikat kehidupan. masa akan terus berlalu tanpa pernah menunggu. kisah semalam akn kekal menjadi tatapan, dan orang yang bijak pandai akan menjadikannya panduan, agar setiap kesalahan yang dilakukan pada masa lepas tidak akan berulang.

masa ibarat pusingan jam... mana pernah ada pusingan jam yang berpusing ke belakang, ia akan terus berpusing ke hadapan hingga satu saat bilamana baterinya sudah habis dan ia akan berhenti dengan sendirinya.

mungkin kita sedar, tapi selalu kita lupa.. masa itu sangat berharga. andai punya wang berjuta, andai hingga melimpah ruah mengisi dunia sekalipun harta mana mungkin masa yang lalu mampu di beli mahupun di miliki lagi.. masa yang berlalu hanya akan menjadi sejarah dan sebuah kisah.


Alhamdulillah.. Alhamdulillahi rabbil 'alamin 'ala kullu ni'mah.

sejuta kesyukuran dipanjatkan.
Dalam sedang asyik meneruskan kehidupan harian, terkadang sifat alpa dan leka menguasai diri. tapi, syukur di panjatkan kerana dengan kasih dan rahmat Dia, kita di sedarkan dari terus lupa dan leka.

Allah, redhalah kami, rahmatilah kami, berkatilah usia kami.

2 ulasan:

Syed Ahmad Fathi berkata...

jam rosak memang tak boleh pusin ke belakang yer?

abdullah luqman osman berkata...

ada kah jam rosak yang pusing ke belakang?? serius ana tak pernah jumpak.. haha