Jumaat, 15 Julai 2011

aku manusia

manusia penuh misteri dan persoalan. hari ini dia berlaku mesra ramah dan sebagainya esok tiba-tiba dia berubah menjadi bak singa yang garang.

manusia penuh dengan tandatanya, hari ini dia melafazkan aku sayang kamu, tiba-tiba esok dia meminta dipisahkan..

manusia punya pelbagai ragam dan cara, kadang kita terkeliru dengan mereka.

bukan sekadar dengan mereka, malah diri sendiri..

aku.
masih belajar untuk mengenali,
masih belajar untuk mengetahui,

aku,
insan yang sering leka
insan yang sering cuai dan alpa

aku
tadahkan sepuluh jari
memohon di maafkan segala kesilapan

2 comments:

An-Nur berkata...

sebab manusia mempunyai hati yang berbeza :)

Albo berkata...

:)