bismillahirrahmanirrahim..
semalam berlalu pergi
perginya tak akan kembali
pergi bersama kisah semalam
kisah yang penuh suka dan duka
kisah gembira dan kecewa
hari ini datang menjelma
menjelma dengan sejuta cita
cita semalam yang tak terlaksana
cita semalam yang terhenti seketika
namun,
hari ini tidak lama
kian pergi meninngalkan
seperti perginya semalam
pergi yang selamanya
hari esok menjelang tiba
sinar harapan mekar membunga
memberi harapan sejuta cita
cita yang tersemat di dada
tapi,
hari esok belum punya kepastian
hidup dan mati menjadi taruhan
kerana ajal maut takdir tuhan
wahai semua rakan dan teman perjuangan
amatlah rugi mereka yang mensiakan
mensiakan hari semalam
tanpa berlaku perubahan
tanpa berlaku pertambahan
pertambahan amalan dan keimanan
keimanan sang abid kepada illahnya....
Ultrasound And X-Ray - Ustaz Dahlan
13 beberapa jam yang lalu

0 comments:
Catat Ulasan