Selasa, 2009 November 10

catatan di kala kerinduan melanda

hari berlalu pergi terasa cepat meninggalkan . kisah semalam menjadi memori, kisah hari ini perlu di harungi dengan tabah. andai suka yang datang menjelma, sejuta kesyukuran ku panjatkan kepada yang esa, andai duka yang melanda keredhaan dan mengharapkan rahmat dan kurnia dari illahi..

terasa sekejap bila di biarkan ia berlalu, terasa lama bila sering di kenang2kan, genap setahun sudah aku mengharungi kehidupan jauh dari tanah air sendiri, jauh dari mak dan ayah, jauh dari adik2, jauh dari sahabat2 dan kawan. bermacam perkara, bermacam benda sudah aku harungi. betul kata pepatah melayu kita, "jauh perjalan luas pengetahuan" betul kah pepatah ini?? apa pun bagi aku, lagi jauh kita berjalan pelbagai benda baru yang akan kita pelajari. belajar bukan setakat di dalam kelas, bukan setakat apa yang ada dalam buku teks, bukan setakat perlu berhadapan dengan guru2, tapi proses pembelajaran kita berlaku sepanjang masa, dari kita lahir hinggalah kita akan mati nanti. begitu luasnya ilmu allah bukan...

bila berjauhan terbit pula rasa rindu, rasa rindu yang bila di kumpulkan melahirkan rasa kasih yang mendalam. rindu, siapa tak rindu bila berjauhan dengan sanak saudara, dengan mak ayah dan semua kenalan rapat? tapi ini lah satu cabaran bagi seorang perantau. cabaran yang sungguh menduga hati cabaran yang begitu mencabar. tapi apakan daya, cabaran ini perlu di harungi sampai ke garisan terakhir jika ingin berjaya.

dalam mengharungi kehidupan yang jauh dari tanah air sendiri, bermacam perkara boleh berlaku, andai sesuatu berlaku pada diri ku, ku harapkan semua kawan dan rakan serta mak ayah , adik2 dan semua kenalan mendoakan aku. andai aku di takdirkan pergi dahulu menghadap illahi, maafkan dosa ku, halalkan segala makan minum serta hutang piutang anda ada, dan doakan kebahagian ku di sana.. sungguh ajal maut itu ketentuan allah yang kuasa, tiada siapa yang dapat menghalang dan tiada siapa yang dapat melarikan diri..
kuasanya menandingi segala-galanya..

1 comments:

al berkata...

salam....singgah..



ya semalam adalah memori..
minta2 yg indah-indah sajalah.
memori yg pahit lupakanlah..:))

tq singgah anaklaut.